Saturday, October 18, 2014

Manusia & Tuhan

Benarkah Manusia Itu Masih Percaya Akan Wujudnya Tuhan?? 

Bagaimana?
Aku ingin sekali menulis tentang akidah tetapi aku berasa lemah, malah tidak layak. Ya, sememangnya aku tidak layak sebenarnya. Kerana apa? Kerana bidangku adalah bidang feqah. Aku suka bidang feqah sejak di bangku SPM lagi. Kerana murobbiku itu, aku terus mencintai ilmu Allah ini. Alhamdulillah. 

Tajuk ini aku ambil sempena program di kampus. Hajat di hati ingin menyumbang kalam, tetapi aku risau akan lidah yang tidak bertulang ini. Akidah bukan persoalan matematik mudah
5 - 1 = 4 tetapi, akidah 5 - 1 = 0. Kita tidak percaya akan satu rukun iman, maka kufurlah kita. Nauzubillah.

Berbalik kepada persoalan akidah, seperti yang kita sedia maklum akidah merupakan perkara utama dalam kehidupan seorang muslim. Awwaluddin ma'rifatullah. Permulaan agama Islam adalah mengenal Allah. Dengan mengenal Allah, segala perintah dan larangan-Nya kita mampu selarikan dalam kehidupan kita. Tidak kiralah dari sekecik-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. 


Oleh itu, besarlah harapan alim ulama kita supaya dengan tertanamnya akidah yang sahih, maka terhasillah benih-benih Islam yang jernih. Sahabat dan teman, selamilah dasar iman kita agar kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah Maha Melihat, Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dengan tertanamnya iman yang jernih ini, tentu jiwa kita akan merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupan kita. 

Percaya dan yakinlah, setiap perkara yang baik itu ada ganjarannya! :)


No comments:

Post a Comment