Salam Ma'al Hijrah 1436!
Kullu 3am Waehna bilkheir!
Hehe, bajet ada orang baca. Ala kulli hal, kita meraikan setiap bulan Islam yang mulia. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini.
Berbalik kepada tajuk saya, sebenarnya sudah terlalu lama ingin saya coretkan rasa hati ini. Betapa lama yang tidak terkira masanya. Tapi, saya tak pernah kongsikan pada sesiapa kecuali pada pencipta seluruh manusia. Kenapa saya luahkan di sini? Sebab, saya rasa perlu untuk dikongsikan...tapi saya malu kalau orang baca, jadi saya tulis di blog yang semua orang tak tahu kewujudannya. Saya tak suka luahkan perasaan di fb atau wechat kerana kita tidak tahu apa pandangan manusia. Risau lain yang kita harapkan, lain pula yang kita dapat.
Lelaki,
Insan ganjil yang sukar untukku kenali,
Pada mereka sesuatu yang susah untuk kufahami,
Gerak, pandangan dan segalanya..
Lelaki,
Aku bukan mencemburuimu tika kau diangkat menjadi pepimpin,
Tetapi, aku mengharapkanmu agar menjadi yang terbaik,
Bukan buat diriku sahaja,
Tetapi buat semua yang menginap di bumi-Nya.
Saya sebenarnya sudah lama tidak selesa dengan 'perangai' mereka. Semenjak sekolah saya terlalu 'alergi' dengan sikap mereka yang suka menganggu, tetapi apabila menjengah umur remaja saya cuba untuk menyesuaikan diri. Allah pesan agar kita saling bertolong-tolongan dalam kebaikan. Oleh itu, saya cuba untuk bersama berurusan mengikut batas yang disyariatkan. Tetapi.. Saya masih tidak mampu untuk terima mereka dalam hidup.
Ya, mereka adalah pemimpin.
Ya, mereka lebih kuat dan mampu melindungi.
Ya, mereka telah Allah kurniakan kelebihan berbanding wanita. Tetapi, seringkali aku ditakdirkan untuk dekat dengan insan ini yang tidak faham sikap wanita. Sudahlah waktu kecil aku 'membenci', setelah remaja dan dewasa, aku cuba berkawan dalam pengurusan, dan sekarang aku masih didekatkan dengan mereka yang selalu menyakitkan hati. Astaghfirullahal'azim.
Maafkan aku lelaki, aku ingin mengenali kaummu tapi aku khuatir jatuh kepada dosa. Jadi, aku cuba menjauhkan diri semampunya. Tetapi, aku risau kerana pasangan dan teman hidup aku juga nanti adalah lelaki. Aku risau, serius. Hurm, aku tak tahu adakah aku mampu untuk hidup dengan mereka.
Ya, aku pernah membenci 'sikap' mereka. Tetapi itu dulu. Aku sudah lama mengubah persepsi itu, akan tetapi sikap mereka tetap sama. Aduh, *takterkata*. Kadang rasa nak nangis sebab sikap aku sendiri yang terlalu mudah terasa hati. Mungkin salah aku kerana melayan perasaan sendiri. Kadang aku tertanya, sebab apa orang lain boleh gembira sedangkan kami berurusan dengan orang yang sama? Aku tergamam sendiri. Okey, tutup kes.
Wahai lelaki, moga kita mampu bersefahaman. Doakan saya. :')
p/s: Ayat pening sikit, entahlah.
30 Zulhijjah 1435.
Angin sepoi2 dengan suhu 3 celcius.
Bicara Qalbu
Friday, October 24, 2014
Saturday, October 18, 2014
Manusia & Tuhan
Benarkah Manusia Itu Masih Percaya Akan Wujudnya Tuhan??
Bagaimana?
Aku ingin sekali menulis tentang akidah tetapi aku berasa lemah, malah tidak layak. Ya, sememangnya aku tidak layak sebenarnya. Kerana apa? Kerana bidangku adalah bidang feqah. Aku suka bidang feqah sejak di bangku SPM lagi. Kerana murobbiku itu, aku terus mencintai ilmu Allah ini. Alhamdulillah.
Tajuk ini aku ambil sempena program di kampus. Hajat di hati ingin menyumbang kalam, tetapi aku risau akan lidah yang tidak bertulang ini. Akidah bukan persoalan matematik mudah
5 - 1 = 4 tetapi, akidah 5 - 1 = 0. Kita tidak percaya akan satu rukun iman, maka kufurlah kita. Nauzubillah.
Berbalik kepada persoalan akidah, seperti yang kita sedia maklum akidah merupakan perkara utama dalam kehidupan seorang muslim. Awwaluddin ma'rifatullah. Permulaan agama Islam adalah mengenal Allah. Dengan mengenal Allah, segala perintah dan larangan-Nya kita mampu selarikan dalam kehidupan kita. Tidak kiralah dari sekecik-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
Oleh itu, besarlah harapan alim ulama kita supaya dengan tertanamnya akidah yang sahih, maka terhasillah benih-benih Islam yang jernih. Sahabat dan teman, selamilah dasar iman kita agar kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah Maha Melihat, Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dengan tertanamnya iman yang jernih ini, tentu jiwa kita akan merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupan kita.
Percaya dan yakinlah, setiap perkara yang baik itu ada ganjarannya! :)

Subscribe to:
Comments (Atom)